WARGA PENDIDIK SKKL

Friday, July 15, 2011

Kejohanan Sukan SKKL kali ke 23

KOTA BHARU, 13 Julai 2011 - Kejohanan sukan SKKL telah diadakan dengan meriahnya Alhamdulillah cuaca pada hari ini sangat baik hingga ke petang. Perasmian penutup telah dibuat oleh Tuan PPD En. Abdul Aziz. Kejohanan pada kali ini berakhir pada pukul 5.30 petang. Ramai ibu bapa turut hadir dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka.Juara keseluruhan kejohanan dimiliki oleh pasukan Hijau manakala perbarisan terbaik pula jatuh kepada pasukan biru. Olahragawan2011 disandang oleh Fadzillah bin Pitkari manakala olahragawati 2011 pula ialahNik Zulaikha . Kedua-duanya dari tahun 6E.
Kami semua warga SKKl berharap kejohanan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang dengan lebih jaya lagi. Terima kasih kepada semua warga SKKl yang telah menjayakan kejohanan ini dengan jayanya.

Larian 1 Murid,1 Sukan, 1Malaysia 2011

KOTA BHARU, 2Julai 2011 - larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia turut disertai oleh warga SKKl. seawal 7.30 pagi semua murid tahap dua dan guru-guru berkumpul di padang SKKL untuk memulakan larian dengan mengadakan sesi regangan. Tepat pukul 7.45 pagi murid dilepaskan dengan dimulai murid tahun 6, 5 dan 4. Beberapa orang guru juga turut menjayakan larian ini.
Acara penyampaian hadiah diadakan sejurus selepas acara larian itu tamat. seramai 15 orang murid bagi setiap tahun telah diberikan hadiah berupa medal. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang larian.
selepas acara larian murid dikumpulkan untuk perlawanan bola jaring dan bola sepak antara rumah sukan. Perlawanan tersebut telah menunjukkan komitmen yang begitu baik oleh murid-murid. Ramai murid telah menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam permainan tersebut. Pemenang bagi setiap rumah sukan dalam setiap permainan mendapat hadiah dalam bentuk hamper. Semoga penglibatan yang baik seperti ini akan dapat ditunjukkan dalam aktiviti sukan yang lain pada masa akan datang.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Pada hari ini SKKL telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini berjalan dengan lancar. ..........

Sunday, April 17, 2011

MAJLIS PERPISAHAN KENAIKAN PANGKAT PN.HJH MIMUN N

Majlis perpisahan kenaikan pangkat Pn.Hjh. Mimun bt Abdul Hamid telah diadakan pada 11April 2011. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Sri Melur. SK Kok Lanas telah kehilangan seorang pemimpin yang berkelibar dan berdedikasi. Namun kami warga SKKL berharap agar kehilangan beliau akan diganti dengan permata lain yang dapat menaikkan lagi nama SKKL Insya Allah.

PELANCARAN PROGRAM SENYUM, SALAM DAN TERIMA KASIH

Program ini dilancarkan pada 10 April 2011 (Ahad) di dewan SKKL kerana cuaca pada hari ini tidak mengizinkan. walau bagaimanapun program ini telah berjaya dilancarkan dengan jayanya. Program ini diramikan oleh ................
Pada hari ini semua murid dan guru telah diberikan satu lencana senyum untuk disematkan di baju masing-masing bagi merealisasikan pelancaran program ini.

MESYUARAT AGONG PIBG SK KOK LANAS KALI KE- 38


Tanggal 9 April 2011 pihak PIBG telah mengadakan mesyuarat agong kali ke 38. Mesyuarat PIBG berjalan dengan lancarnya yang dipengerusikan oleh YDP PIBG Encik Muhammad b. Awang.

Sunday, April 3, 2011

SEK.KEB. KOK LANAS SEBAGAI TUAN RUMAH MTQ PERINGKAT QIT PANGKAL KALONG 2011

MTQ peringkat QIT pangkal Kalong telah diadakan pada 30 Mac di Sek. Keb.Kok Lanas. sebanyak 11 buah sekolah dalam QIT telah mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan, tilawah dan bercerita pada tahun ini. ...........



Friday, March 11, 2011

KAMI JUARA DALAM KEJOHANAN BOLA JARING QIT PANGKAL KALONG 2011

Sekolahku....cemerlang, Gemilang, terbilang………………

Tanggal 09 Mac 2011-QIT Pangkal Kalong telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring kategori bawah 12 tahun bertempat di Padang Sekolah Kok Lanas, Kota Bharu,Kelantan.
Pasukan bola jaring SKKL telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebutdengan jaringan 15—5.Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih,setiausaha ko-kurikulim,setiausaha sukan dan pjhak pentadbir sukan. Semoga dengan kemenangan yang diperolihi ini akan membakar semangat para pemain dan juga jurulatih sekolah.
Tidak lupa sekalung terima kasih diucapkan kepada pengadil-pengadil pertandingan yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut



Sunday, March 6, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Februari 2011 (sabtu) bersamaan 30 Rabiul Awal 1432 H di Sekolah Kebangsaan Kok Lanas dengan jayanya oleh semua murid dan warga SKKL dengan perasmian oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKKL, En Jalaludin b. Yahya

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah merupakan satu landasan untuk memberi penerapan dan pengukuhan kepda murid –murid tentang kisah hidup seorang nabi disamping untuk menterjemahkan kisah saying umat Islam sempena lahirnya pembawa kalamullah tersebut.

Meraikan hari kebesaran ini mampu mendekatkan generasi muda dengan nabi Muhamad SAW melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancangkan yang mengandungi makluimat dan pengisian berkenaan perjalanan hidup Baginda yang merupakan ensaiklopedia lengkap menerangkan semangat perpaduan menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dan membawaa pencapaian dan perubahan kepada Islam bersesuaian dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini 2011 M /1432 H , ialah 1 Malaysia, 1 I Ummah

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2011 M /1432 H dilaksanakan dengan beberapa objektif berdasarkan kepada pelbagai kepentingan yang secaara langsung untuk menyumbang manafaat kepada murid-murid dan warga SKKL seluruhnya.diharapkan program seumpama ini mampu menjadi satu faktor penyumbang ke arah peningkatan perpaduan dan semangat integrasi bersesuaian dengan gagasan konsep 1 Malaysia dan tema Maulidur Rasul 2011 “ 1 Malaysia 1 Ummah

Segala sumbagan idea dan tenaga dari seluruh tenaga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya warga kerja SKKL amat dihargai. Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjadi satu harapan agar program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah.




MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ,HAFAZAN DAN BERCERITA PERINGKAT SEKOLAH 2011

Panitia Pendidikan Agama Islam SKKL telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan dan bercerita peringkat sekolah pada 2 Mac 2011 (Rabu), bertempat di mussola , kelas dan PSS. Penolong Kanan pentadbiran SKKL ,Pn . Hjh Mimun bt Abdul hamid telah merasmikan program ini .

Seramai 118 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu seramai 67 orang dalam tilawah, 13 orang bagi hafazan dan 38 orang murid terlibat dengan bercerita. Semua guru Pendidikan Agama Islam , guru jQaf dan 2 orang guru Bahasa Melayu (hakim jemputan) dan 118 orang murid telah terlibat dalam menjayakan progranm ini

Objektif program ini diadakan adalah untuk;

- Mencungkil bakat murid -murid dalam bidang tilawah, hafazan dan bercerita.

- Bagi melaksanakan program Tahunan Panitia Pendidkan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

- Mencari peserta yang betul-betul layak bagi mewakili sekolah ke pertandingan peringkat QIT Pangkal Kalong nanti.

Peserta yang berjaya menjadi johan dalam ketiga-tiga bahagian tersebut akan menjadi wakil sekolah ke pertandingan peringkat QIT Pangkal Kalong yang akan diadakan nanti.





PELANCARAN PROGRAM BUKU DI TANGAN 2011


Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kok Lanas telah mengadakan Pelancaran Program Buku di Tangan pada 20 Februari 2011(Ahad) bermula pada pukul 7.45 pagi - 8.45 pagi di Dataran Bestari SKKL. Pelancaran Program Buku di Tangan ini telah dirasmikan oleh Encik Muhamad bin Robuna (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ketereh)

Objektif program ini ialah:

- Menanam rasa cinta kepada buku.

- Menjadikan buku sebagai teman

Matlamat program ini dilancarkan ialah untuk menanam minat membaca dan menggalakkan murid menggunakan Pusat Sumbert Sekolah sebagai tempat menimba ilmu.

Antara aktiviti semasa pelancaran program ini ialah persembahan koir dengan lagu Buku di Tangan dan Membaca Gaya Wawasan. Diikuti dengan persembahan murid iaitu bercerita dan diskusi buku.

Sekalung terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sunday, February 6, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN MURID TURUS DAN PELANCARAN PROGRAM SYAKSIAH IDOLA 2011 (6 FEB 2011)






Syakhsiah Idola adalah satu menifestasi yang berkesinambungan daripada teras ke dua Pelan Induk Pendidikan yang memfokuskan tentang pembangunan insan yang akan menjadi model kepada pembangunan negara mengikut acuan sejagat yang disepakati. Program seumpama ini bukanlah semata-mata untuk memenuhi agenda dan taqwim tahunan. malah lebih daripada itu ia seharusnya lebih berpotensi dan menjadi satu mekanisme penggerak yang berkesan untuk menjadi titik tolak yang jelas dan landas yang mampan seiring dengan ledakan perkembangan massa hari ini yang memenuhi segenap mediumnya.

Dengan dibarisi sof Murid Turus yang dilantik khusus yang dipilih dan disaring dengan begitu konsisten, program Syakhsiah Idola tidak seharusnya dipandang ringan dan tidak keterlaluan jika diibaratkan ia adalah satu penanda aras bagi kejayaan program j-QAF SK Kok Lanas. Walau bagaimana pun keberkesanan dan kejayaan program ini amat berkait rapat dengan komitmen dan usaha keras yang tidak sedikit daripada semua pihak khususnya guru-guru j-QAF dan Pendidikan Islam serta KAFA yang merupakan tulang belakang utama memastikan program seumpama ini mencapai sasarannya yang tepat dan memberi impak maksima.

Beigtu juga murid-murid yang dipilih dan dilantik sebagai Murid Turus, yang bakal tercalon sebagai Tokoh Syakhsiah Idola secara bulanan tidak seharusnya mensesiakan amanah dan peluang untuk memajukan diri masing-masing agar matlamat pendidikan negara yang menekankan keseiringan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek diangkat dengan sebaik mungkin dan semaksima hasil bagi melahirkan Model Insan sejati, insan hakiki, sebagaimana moto program ini yang berbunyi; 'INSAN IDOLA, INSAN BERTAQWA.

Di dalam kesempatan ini juga, pihak pentadbiran ingin merakamkan sejuta penghargaan dan harapan kepada semua sof Jawatankuasa Pelaksana Program Majlis Perlantikan Murid Turus dan Perasmian Program Syakhsiah Idola peringkat SK Kok Lanas 2011 di atas segala gerak kerja dan komitmen bagi menjayakan program yang bermakna pada pagi ini. Dan tidak lupa juga kepada semua warga guru yang merupakan pendokong tidak langsung demi melahirkan sifat kebersamaan kita dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam semua aspek dan bidang.

Akhir kalam, dengan lafaz yang penuh mulia dan takzim, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Syakhsiah Idola peringkat SK Kok Lanas 2011 dengan tirai harapan semoga ianya mendapat keberkatan dan perkenan dari Allah SWT. Insya Allah.

Sunday, January 23, 2011

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PERPUSTAKAWAN, KETUA & PENOLONG KETUA DARJAH SESI 2011


PADA HARI INI 23 JAN 2011 SERAMAI 268 ORANG PEMIMPIN
KECIL DISAHKAN PELANTIKANNYA. PELANTIKAN INI DIRASMIKAN OLEH
TN. HJ MUHAMMAD B AWANG YDP PIBG SK KOK LANAS.

Thursday, January 20, 2011

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2011


Satu perjumpaan ibu bapa Tahun 6 telah diadakan pada hari ini (20 Januari 2011) bermula jam 11.30 pagi. Sambutan daripada ibu bapa pada kali ini amat membanggakan Semoga kehadiran sebegini dapat dikekalkan pada perjumpaan akan datang. Tujuan perjumpaan kali ini ialah bagi memaklumkan dan meminta sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang akan dijalankan kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR dan penyerahan anak-anak mereka kepada pihak sekolah yang telah diwakilkan kepada salah seorang AJK PIBG. Guru-guru juga diperkenalkan kepada ibu bapa murid tahun 6 bagi memudahkan urusan dan menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam kalangan murid-murid.

Wednesday, January 19, 2011

IN-HOUSE TRAINING - KSSR

TARIKH:

19 JAN 2011

MASA:

1.20- 3.00 PETANG

TEMPAT:

BILIK GERAKAN SKKL

FASILITATOR :

GURU-GURU TAHUN 1 YANG TELAH MENGIKUTI KURSUS PENDEDAHAN KSSR



Saturday, January 15, 2011

KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN DAN PEMARKAHAN



Tarikh :

15 Januari 2011 ( Sabtu)

Tempat:

Bilik Gerakan SKKL

Fasilitator :

Pn. Azizah bt Abdullah

Penganjur:

Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaaan Kok Lanas

Kumpulan Sasaran:

Semua guru Bahasa Mel;ayu Sekolah Kebangsaan Kok Lanas ( 35 orang)

Rasional:

Melahirkan guru-guru Bahasa Melayu yang berpengetahuan dan berkeyakinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif:

1. Melahirkan guru-guru yang berketerampilan dan berwawasan bagi

melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2. Memantapkan lagi proses pengajaran Bahasa Melayu dalam usaha

mempertingkatkan prestasi murid-murid sekolah Kebangsaan Kok Lanas

Selamat Bersara En. Law Thian Hoon ~ Penolong Kanan Ko-Kurikulum

13 Januari 2011 - SK Kok Lanas 'kehilangan 'salah seorang barisan pentadbir yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada sekolah. En. Law Thian Hoon, telah menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang pendidik setelah menaburkan budi dan jasa selama lebih kurang 30 tahun. Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Kok Lanas Khamis 13 Januari 2011 bermula jam 7.45 pagi dan berakhir pada 9.15 pagi. Seterusnya pihak sekolah mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan persaraan beliau. Beliau mula bertugas di SK. Kok Lanas sebagai PK Ko-Kurikulum bermula daripada tahun 2005 sehingga 2011, selama lebih kurang 6 tahun di sini, pelbagai usaha dan kerjasama terbaik telah dicurahkan oleh beliau. Kami warga SK Kok Lanas, mendoakan agar En. Law Thian Hoon dikurniakan kesihatan yang baik . Jangan lupakan kami di sini. SELAMAT BERSARA......