WARGA PENDIDIK SKKL

Thursday, December 30, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat Sekolah

Bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 2009. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini bertemakan "1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara" selaras dengan konsep 1 Malaysia. Pelancaran BBK 2010 peringkat kebangsaan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 5 Oktober lepas dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Oktober 2010, bertempat di Dataran Bestari Sek Keb. Kok Lanas

Sepanjang sambutan BBK 2010, Sek. Keb. Kok Lanas telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan sambutan BBK, antara aktiviti yang akan diadakan ialah:
- Membaca selama 10 minit secara serentak seluruh warga sekolah
- pertandingan
- Perhimpunan Mingguan BBK 2010
- persembahan bertemakan bahasa