WARGA PENDIDIK SKKL

Thursday, December 30, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat Sekolah

Bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 2009. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini bertemakan "1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara" selaras dengan konsep 1 Malaysia. Pelancaran BBK 2010 peringkat kebangsaan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 5 Oktober lepas dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Oktober 2010, bertempat di Dataran Bestari Sek Keb. Kok Lanas

Sepanjang sambutan BBK 2010, Sek. Keb. Kok Lanas telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan sambutan BBK, antara aktiviti yang akan diadakan ialah:
- Membaca selama 10 minit secara serentak seluruh warga sekolah
- pertandingan
- Perhimpunan Mingguan BBK 2010
- persembahan bertemakan bahasa

Saturday, February 13, 2010

KURSUS PEMANTAPAN NILAM

Tarikh : 23 Jan 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik gerakan

Peserta : Semua guru BM dan BI SK. Kok Lanas


Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang program nilam kepada semua guru BM dan BI kerana guru-guru inilah yang akan menjadi pemangkin kepada program nilam . Kursus ini telah memberi banyak info tentang program nilam. Diharapkan semua guru yang terlibat dengan program ini akan dapat memberikan kerjasama yang jitu kepada program nilam yang telah dan sedang berjalan. Insya-Allah.



Sunday, November 22, 2009

Sambutan Hari Raya 2009 peringkat sekolah

Sambutan Hri Raya peringkatan sekolah pada tahun ini disambut dengan meriahnya.

pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan ini . Antaranya ialah persembahan

lagu-lagu raya oleh guru-guru dan murid-murid, ucapan Hari Raya, Putera dan Puteri

Raya dan jamuan.

semoga sambutan seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Insya Allah


Friday, October 30, 2009

Kursus S/U LDP Sekolah

Tarikh : 25-27 Oktober 2009
Tempat: Gem Resort,Batu Rakit,
Kuala Terengganu

Perkhemahan Unit Beruniform 2009

Wednesday, March 25, 2009

Tuesday, June 24, 2008

Kursus Pembentukan Sahsiah

Tarikh: 21 Jun 2008
Masa: 8,00 pagi- 4.00 petang
Tempat : Dewan sekolah kebangsaan Kok Lanas
Fasilitator: Uztaz Mohd Mahyuddin dan Uztazah Siti Rafeah

Unit LDP sekolah Kebangsaan Kok Lanas telah berjaya mengadakan program LDP dengan jayanya. Peserta kursus berharap agar kursus seperti hari diadakan lagi kerana ianya banyak memberi kesedaran dan boleh muhasab diri. Terima kasih kepada semua pihak yang telah Memberi sumbangan dalam menjayakan kursus ini.