Tanggal 09 Mac 2011-QIT Pangkal Kalong telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring kategori bawah 12 tahun bertempat di
Tidak lupa sekalung terima kasih diucapkan kepada pengadil-pengadil pertandingan yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Februari 2011 (sabtu) bersamaan 30 Rabiul Awal 1432 H di Sekolah Kebangsaan Kok Lanas dengan jayanya oleh semua murid dan warga SKKL dengan perasmian oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKKL, En Jalaludin b. Yahya
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah merupakan satu landasan untuk memberi penerapan dan pengukuhan kepda murid –murid tentang kisah hidup seorang nabi disamping untuk menterjemahkan kisah saying umat Islam sempena lahirnya pembawa kalamullah tersebut.
Meraikan hari kebesaran ini mampu mendekatkan generasi muda dengan nabi Muhamad SAW melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancangkan yang mengandungi makluimat dan pengisian berkenaan perjalanan hidup Baginda yang merupakan ensaiklopedia lengkap menerangkan semangat perpaduan menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dan membawaa pencapaian dan perubahan kepada Islam bersesuaian dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini 2011 M /1432 H , ialah 1 Malaysia, 1 I Ummah
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2011 M /1432 H dilaksanakan dengan beberapa objektif berdasarkan kepada pelbagai kepentingan yang secaara langsung untuk menyumbang manafaat kepada murid-murid dan warga SKKL seluruhnya.diharapkan program seumpama ini mampu menjadi satu faktor penyumbang ke arah peningkatan perpaduan dan semangat integrasi bersesuaian dengan gagasan konsep 1 Malaysia dan tema Maulidur Rasul 2011 “ 1 Malaysia 1 Ummah”
Segala sumbagan idea dan tenaga dari seluruh tenaga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya warga kerja SKKL amat dihargai. Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjadi satu harapan agar program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah.
Panitia Pendidikan Agama Islam SKKL telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan dan bercerita peringkat sekolah pada 2 Mac 2011 (Rabu), bertempat di mussola , kelas dan PSS. Penolong Kanan pentadbiran SKKL ,Pn . Hjh Mimun bt Abdul hamid telah merasmikan program ini .
Seramai 118 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu seramai 67 orang dalam tilawah, 13 orang bagi hafazan dan 38 orang murid terlibat dengan bercerita. Semua guru Pendidikan Agama Islam , guru jQaf dan 2 orang guru Bahasa Melayu (hakim jemputan) dan 118 orang murid telah terlibat dalam menjayakan progranm ini
Objektif program ini diadakan adalah untuk;
- Mencungkil bakat murid -murid dalam bidang tilawah, hafazan dan bercerita.
- Bagi melaksanakan program Tahunan Panitia Pendidkan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Mencari peserta yang betul-betul layak bagi mewakili sekolah ke pertandingan peringkat QIT Pangkal Kalong nanti.
Peserta yang berjaya menjadi johan dalam ketiga-tiga bahagian tersebut akan menjadi wakil sekolah ke pertandingan peringkat QIT Pangkal Kalong yang akan diadakan nanti.